KONGSI PENGETAHUAN
Assalamualaikum.....
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MINRABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, InsyaAllah dengan izin yang Maha Esa dan maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad s.a.w yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,Makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku.....AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah..
KESIHATAN
JANTUNGKU TERSAYANG TERUSKAN BERDENYUTFaktor-faktor risiko serangan jantungKurang senaman/tidak aktif
MerokokPemakanan yang tidak sihatKegemukanDiabetes Tekanan darah tinggiTekanan perasaan (stress)
Serangan Jantung Boleh Dicegah
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
- Makan secara sihat
- Kekalkan berat badan unggul
- Berhenti merokok
- Belajar menangani tekanan perasaan
- Periksa tekanan darah
- Periksa paras glukosa darah
- Awasi paras kolesterol
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Tanda-tanda Serangan Jantung
- Sesak nafas
- Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
- Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
- Berpeluh dingin
- Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
- Pening kepala dan berasa loya
BERITA PILIHAN
Razak dituduh bersubahat bunuh AltantuyaOleh Nurul Hazren Masitom dan Ahmad Johari Mohd Ali
KUALA LUMPUR: Selepas 10 hari ditahan dan dua kali dilanjut reman, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan bersubahat membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Abdul Razak (gambar), 46, atau nama sebenarnya Abdul Razak Abdullah, didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, membunuh Altantuya, 28.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 akta sama, dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No 148 Jalan Ampang di sini, antara jam 9.45 pagi hingga 11.05 pagi, 18 Oktober lalu.Jika sabit kesalahan, Abdul Razak yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MRSC), boleh dihukum mati mandatori.
DOA-DOA HARIAN
Doa-doa mashyur ketika melakukan amalan harian1. Doa Ketika Bangun Tidur
Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali."
2. Doa Ketika Memakai Dan Menanggalkan Pakaian
Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."
3. Doa Keluar Atau Memasuki Rumah
(Ketika keluar dari Rumah)

(Ketika masuk rumah)

Ertinya:"Ya Allah aku bermohon kepadamu sebaik-baik tempat ,masuk dan sebaik-baik tempat keluar; dengan nama Allah kami masuk dengan nama Allah juga kami keluar dan kepada Allah,Tuhan kami, kami bertawakal (berserah diri)"
5. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas
(Ketika Masuk Tandas)

Ertinya:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari gangguan syaitan jantan dan betina"
(Ketika Keluar Tandas)

Ertinya:"Aku mohon ampun pada Engkau wahai Tuhanku, segenap puji bagi Allah yang mengelakkan bahaya itu daripadaku serta menyihatkan badanku."
PELBAGAI RESEPI
PUDING JAGUNG
Bahan-Bahan:
1 liter susu segar
150 gm gula
130 gm tepung kastard
1 ½ tin jagung
Cara:
Didihkan 3 /4 susu bersama gula di dalam periuk. Ketepikan. Masukkan 1 /4 susu ke dalam tepung kastard dan kacau hingga sebati. Campurkan adunan kastard bersama susu mendidih dan kacau hingga pekat. Masukkan jagung dan kacau adunan lagi. Padamkan api. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan hingga beku.
selamat mencuba....
MUTIARA KATA
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia
bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA
DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya.
Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi
RENUNGAN BERSAMA
REMAJA & KONFLIKPerubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja
- Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
- Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
- Merasa diri dilayan secara tidak adil
- Kesunyian
- Sukar memahami emosi
- Susah membuat keputusan
Hubungan Dengan IbuBapa
Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.
Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa
- Menghormati dan sedia menerima tunjuk-ajar dan teguran mereka
- Membincangkan masalah anda dengan mereka
- Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
- Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
- Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
- Meraikan harijadi mereka
- Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda
CARA MENANGANI EMOSI
Apabila Anda Merasa Marah
- Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
- Berfikir sebelum bertindak
- Tanya diri sendiri
- Kenapa saya marah ?
- Apalah punca masalah ?
- Apakah yang telah saya lakukan ?
Penyelesaian Konflik
- Kenalpasti punca konflik
- Dengar dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
- Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
- Janganlah menyalahkan orang lain
- Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
- Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
- Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
- Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak
Remaja Yang Positif
- Bertimbang rasa
- Yakin terhadap diri sendiri
- Sedia menerima nasihat dan teguran
- Sabar
- Bertanggungjawab
- Rajin dan suka tolong-menolong
- Mahir berkomunikasi
CERITA LAWAK
Pak Pandir & Mak AndehSeperti biasa setiap pagi Pak Pandir nak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan untuk Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah."Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut,dia pun pulang hampa.Mak Andeh hairan Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".
Lirik Lagu 'Pulangkanlah' Yg Dah Diubahsuai Hehehe(
Ex-Student) Sedikit bunga yang menggoda.....Sekadar dipandang usah dibayar....Kau pasti tak percaya, Duitku bukan untukmu sayang.....
(
Pegawai PTPTN) Tiada kusangka kau sungguh kejam...Kau peram hutang yang kau pinjam....Namun takkan bahagia kehidupanmu....Bila engkau berkonvo....kau milikku....Pulangkan hutang-hutangku...
(
Ex-Student)Oh hentikanlah menghantuiku...
(
Pegawai PTPTN) Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku...
(
Ex-Student) Kupulangkan semua hutangku..
(
Pegawai PTPTN)Yang dikau peram tanpa relaku....
(
Ex-Student)Bebaskanlah maafkan daku oh kasih
(
Pegawai PTPTN) Tiada kemaafan di siniKau hutang tanpa bayar sesen lagi...Akan kujejakimu ke mana jua....hingga akhir masa...
Pemuda MalangSuatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.
Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik"."Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu.
Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu."Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh."Haah???????!!!!"....
Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang yang kita tak kenal!!